You are not connected. Please login or register

Kisah Umar Abdul Aziz... Hebatnyerr

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Kisah Umar Abdul Aziz... Hebatnyerr on Wed Jul 01, 2009 2:22 pm

miss_michi


Moderator
Moderator


Kisah umar bin abdul aziz…

Saya baca Umar Bin Abdul Aziz,,tuan- tuan tahu Umar Bin Abdul Aziz..kita berhajatkan kepada kisah-kisah orang yang hebat seperti beliau.. Umar Bin Abdul Aziz ni semasa beliau menjadi gabenor madinah beliau biasa.belaiu tidak zalim ..beliau pakai smart , lawa tp manusia ni berubah, sepatutnya manusia bila dapat kedududkan yang lebih tinggi dia lebih ego tp tidak Umar Bin Abdul Aziz , bila beliau dapat yang lebih tggi lebih zuhud beliau..

tuan-tuan kalo manusia ni tawaqal hebat dia pasti perolehi dari apa yang di tawaqqalkan
Tuan-tuan tahu Umar Bin Al-khatab R.A amirul mukminin , dia sepertimana tuan-tuan dengar cite ni dia pergi pusing madinah bila malam mengetahui hal ehwal rakyatnya sehingga suatu hari dia jumpa satu keluarga perempuan yang berdialog dengan anaknya ,

ibunya berkata
”masukan air kedalam susu sebelum fajar ” ,

anak perempuanya menjawab
“jangan ibu bukankah amirul mukminin telah melarang hal ini supaya jangan di campurkan air dengan susu”,

ibu dia kata
” orang lain juga buat”,

anak perempuanya menjawab
“tp kita tak boley buat”,

ibu dia kata lagi
“kalo kita buat pon mana semua benda amirul mukminin boleh tahu” ,

dan ada kata perempuan ini yang masyhur
“innkana amirul mukminin la yara, farobul amirul mukminin yara(sekiranya amirul mukminin tak nampak tp tuhan amirul mukminin nampak)”


..umar bin al khatab dengar dialog ini ..beliau menangis mengenangkan baiknya perempuan itu.. beliau balik kerumahnya umar ada anak bernama a’sim..

beliau berkata kepada anaknya..
”wahai a’sim pergi keruamah sekian-kian rumah dan pergi kahwin dengan anak perempuan di rumah itu, aku mengahrapkan Allah keluarkan dari sulbi perempuan itu seoramg tokoh yang bakal memimpin orang- arab dan orang-orang a’jam(bukan arab)”

.. tuan- puan orang-orang soleh kadang-kadang Allah campakan firasat yang baik.. a’sim anaknya taat muti’ pergi kahwin,, dan kita bila melihat zaman sekarang pada hari berkhawinya hebat tapi tidak berakhir dengan hebat ada yang sekrang cinta love of the year dan menjadi gosip of the year, memang di akui hidup perlukan cinta tapi cinta-cinta ni falsafah jek lebihnya..dengar kat lagu sedap sangat tp orang yang nyanyi tu da 3@4 kali cerai dah..

Jadi di teruskan cite berkhawin la antara a’sim da anak perempuan tadi dan di kurniakan oleh Allah anak bernama LAILA. Laila ini berkhawin denagn seorang bangsawan dan seorang tokoh dari mesir dari bani umaiyah yang bernama Abdul aziz dia gabenor mesir laila dan abdul aziz ni melahirkan anak yang bernama umar.. tu yang di paanggil umar bin abdul aziz sulbi yang baik dari keturunan yang baik. Datuknya yang dulu terkenal dengan keadilanya dalam pemerintahan..

Umar Bin Abdul Aziz ni hidup dalam suasana khalifah, ayahnya gabenor bapa saudaranya khalifah hebat lah hidup Cuma kecenderungan Umar Bin Abdul Aziz ni dia mintak ayahnya untuk pergi belajar di madinah belajar fiq belajar hadith dengan ulamak- ulamak madinah akhirnya dia di jadikan gabenor dan orang madinah sayang padanya

Tuan-puan saya nak sebut beberapa-beberapa perkara yang saya lihat Umar Bin Abdul Aziz ni hebat, manusia yang tawaqqal pada Allah, orangnya tidak pernah mengharapkan untuk menjadi khalifah. Masa zaman khalifah sulaiman bin abdul malik sepupu beliau, Umar Bin Abdul Aziz baik ngan sepupunya , kemana pergi bersama-sama, kerajaan bani umaiyyah kuat, rom parsi jatuh, pada mada itu ¼ dunia di bawah jajahan islam..

Pada suatu hari Umar Bin Abdul Aziz ni di bawa oleh kahlifah di bawa pergi ke markas(pusat) tentera, tentara bani umaiyyah hebat, jadi bila khalifah berjalan dengan tentera yang ratusan ribu, hebat dengan segala peralatan senjatanya

jadi khalifah tanya kepadanya
“maza tara ya ibna abdul aziz(apa yang sedang engaku lihat wahai inbu abdul aziz) “ ,

beliau berdua memang keluarga khalifah agar lihat semangat kerajaan kita..kata Umar Bin Abdul Aziz
”arad dunya takku bakduha bakda, waanta makkhuzun biha wamasulun anha”(aku melihat dunia itu sedang memakan antara satu dengan yang lain, dan engkau adalah orang yang bertanggung jawab dan akan di soalkan oleh Allah mengenainya)

Umar Bin Abdul Aziz berkata kepada kahlifah tapi khalifah sayang padanya, beliau orang warak ..pernah memerintah hijjaz madinah bagus pemerintahanya rakyat sayang..

khalifah tanya lagi padanya..
”engkau tidak kagun kah ngan pemerintahan kita ini yang telah kami bina” ma akjabat?? ,

kata Umar Bin Abdul Aziz
“bal akjabu”

Tengok tuan puan bila manusia tawakal apa jadi dengan kata-katanya
“ma akjaba man arafa Allah fa asohu, wa arafa syaitan faatbaahu, wa arafat dunya farakina ilaiha”(bahkan yang paling hebat dan mengakgum kan ialah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan dan mengikutnya,mengenali dunia maka dia cenderung kepada dunia)
Bersambung episod ke 2 nntykan,,,

Subulas salam

View user profile http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

2 Re: Kisah Umar Abdul Aziz... Hebatnyerr on Sun Jul 12, 2009 10:30 pm

hangkas


Ahli Baru
Ahli Baru
terdapat pelbagai cerita yang menarik mengenai Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Malah di kalangan umat Islam, beliau juga dikenali sebagai Khulafah Ai-Rasyidin Ke-5 berdasarkan kepimpinan dan corak pemerintahan mirip zaman Khulafah Al-Rasyidin dan jauh berbeza dengan zaman pemerintahan Bani Umaiyah pada waktunya. Keadilan pada zaman beliau sehinnga tidak sesiapa yang layak menerima pemberian zakat dan bantuan atas kemakmuran kerajaannya. Walupun begitu, zaman keamanan ini tidak bertahan lama setelah kematiannya. Hal ini disedari oleh rakyat jelata setelah melihat peristiwa serigala membaham kambing peliharaannya kerana sepanjang zaman beliau, serigala boleh bersahabat baik dengan kambing..... Wallahualam bisawab

View user profile

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum