smksa_portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

darah atau syahadah?

Go down  Message [Page 1 of 1]

1darah atau syahadah? Empty darah atau syahadah? Sat Dec 19, 2009 2:39 pm

miss_michi

miss_michi
Moderator
Moderator

“Family saya tidak Islamic. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menjalani proses pentarbiyahan.” Luahan kecil yang terlontar dari bibirnya menarik perhatian saya. Saya sekadar tersenyum kepadanya.

Minda saya berfikir. Sekiranya dia dilahirkan dalam keluarga yang Islamic, adakah dia akan menjadi seperti dirinya sekarang? Adakah benar keturunan yang baik mampu dikekalkan kejernihan jalurnya? Sejauh mana kuatnya pengaruh keturunan? Sejauh mana pula ketinggian syahadah mampu mengubah keturunan? Bila pula iman dan takwa itu mampu kita warisi?

Secara realitinya, kita semua berasal dari sulbi seorang Nabi iaitu Nabi Adam. Namun, bukan faktor keturunan yang menjadi penentu utama lahirnya anak cucu yang berperibadi mulia. Faktor utamanya ialah didikan yang berkesan oleh ibubapa melalui ilmu dan sikap. Inilah bukti keadilan ALLAH. Setiap manusia berhak menjadi hamba ALLAH yang soleh dan solehah tanpa mengira keturunannya.

Sekiranya kita datang dari keluarga yang baik dan soleh, syukur alhamdulillah. Menjadi satu tanggungjawab buat kita dalam mengekalkan ciri-ciri kebaikan yang kita warisi itu supaya kekal kepada anak cucu kita. Jangan disebabkan kita, maka terputuslah kejernihaan jalur kebaikan dan kemuliaan itu.

Sekiranya kita berasal dari sebuah keluarga yang berantakan dan bermasalah, seharusnya menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki keadaan. Ia hendaklah bermula dengan memperbaiki keadaan diri. Ini kerana proses memelihara keturunan adalah satu proses yang berterusan. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjernihkan kembali jalur keturunan agar air yang keruh di hulu menjadi jernih di muara.

Untuk persiapan diri sendiri, kita hendaklah menjadi orang yang baik-baik dan suka kepada kebaikan. Paling utama perkemaskan solat, berusaha menjadi hamba ALLAH yang baik dan taat kepadaNya. Mana mungkin kita mampu menjadi seorang pemimpin yang baik sekiranya kita terpisah jauh dari petunjuk, pimpinan, rahmat dan pemeliharaan ALLAH?

Kita juga mestilah taat, patuh dan berbakti kepada ibubapa. Mudah-mudahan berkat ketaatan kita terhadap mereka, ALLAH mengurniakan kita zuriat yang mudah mendengar kata dan mudah untuk dididik.

Tingkahlaku dan perlakuan kita perlu dititik beratkan. Sumber rezeki yang baik juga haruslah dijaga dan dipelihara. Ini penting supaya ciri-ciri kebaikan yang ada terus terpelihara.





Dan usaha juga perlu ditambah selepas berkahwin iaitu menjalani perkahwinan yang berkat. Membina rumahtangga atas asas takwa, menjaga sumber rezeki untuk keluarga dan menjaga hubungan suami isteri. Seterusnya mendidik dan mengasuh anak dengan didikan agama yang sewajarnya. Ibubapa mestilah menguasai kemahiran menjadi ibu dan bapa serta menguruskan rumahtangga.

Untuk memelihara kejernihan susur galur kita, sewajarnya kita mulakan dengan diri kita sendiri. Dahulukan dengan pembinaan soleh dalam diri kita. Yang paling penting sekali, ingatlah kita akan ancaman dari ALLAH sebagaimana firmanNya dalam Surah An-Nisa’:9, ”Dan seharusnya mereka takut kepada ALLAH, andainya meninggalkan dibelakang mereka zuriat yang lemah...”




http://subulassalam.blogspot.com/2009/01/darah-atau-syahadah.html

http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum