smksa_portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Bumi Palectin Berdarah Kembali...

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Bumi Palectin Berdarah Kembali... Empty Bumi Palectin Berdarah Kembali... Thu Apr 16, 2009 7:06 pm

miss_michi

miss_michi
Moderator
Moderator

Bumi Palectin Berdarah Kembali... Serangan+israel-gaza
semenanjung Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis

DISEBALIK NEGARA ISRAEL.

Sebelum Perang Dunia II, tidak wujud sebuah negara bernama Israel. Kebanyakan penduduk yang mendiami negara ini terdiri daripada pendatang dari pelbagai tempat terutamnya Eropah ke sebuah negara bernama Palestin.

Para pendatang ini mula mendatangi Palestin selepas satu gerakan bernama Zionis dibentuk. Perkataan Zionis diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin). Kongres pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland yang mengusulkan Protocols of Zion yang mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia.

Pada 1914, terdapat lebih kurang 85 000 Yahudi di Palestin. Pada tahun1917, sepanjang Perang Dunia I, (1914-1918), Inggeris mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menegaskan sokongan Inggeris bagi pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada masa itu, Inggeris sedang berperang dengan Empayar Uthmaniyah bagi merebut Palestin. Deklarasi itu sudah tentu bertujuan meraih sokongan kaum Yahudi di Inggeris dan Amerika Syarikat.

Selepas kejatuhan EmpayarUthmaniyah pada Perang Dunia I, Liga-liga Bangsa menjadikan Palestin sebagai wilayah di bawah kekuasaan Kerajaan Inggeris. Pada 1930, jumlah kedatangan pendatang kaum Yahudi ke Palestin semakin bertambah. Merasakan terancam dengan kehadiran pendatang Yahudi di tanah Palestin, rakyat tempatan mula mengadakan pemberontakan.

Semasa Perang Dunia II, kaum Yahudi telah menggunakan peristiwa holocaust (pembunuhan lebih 6 juta Yahudi Eropah) sebagai tuntutan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin. Pada 1947, Inggeris menyerahkan masalah ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Persidangan Umum PBB menyetujui resolusi bagi membahagikan Palestin menjadi Arab dan Yahudi. Rakyat tempatan menolak cadangan itu dan berperang melawan kaum Yahudi pendatang.

Pada 14 Mei 1948, Israel dengan rasminya wujud dengan keluasan 20770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjung Gaza, Jordan, Lebanon dan Syiria. Ia berada di bawah pimpinan David Ben-Gurion.

HARI INI

Kini, wilayah yang diduduki Zionis itu menjadi sumber konflik yang paling berdarah di Timur Tengah. Israel bertindak ganas seperti membunuh orang awam, rakyat yang tidak berdosa. Rakyat Palestin berada dalam keadaan ketakutan, tertekan, dihalau dari rumah mereka, tinggal dalam khemah-khemah pelarian dan juga dibunuh.

Sungguh aneh. Kesan dari peristiwa pembunuhan terhadap 6 juta rakyat Yahudi pada Perang Dunia II (holocaust) yang dilakukan oleh negara Jerman (Nazi) terpaksa ditanggung oleh sebuah negara di Timur Tengah (Palestin) dan bukannya di Eropah. Jika benar-benar holocaust ini berlaku, seharusnya negara di Eropah yang perlu menanggungnya dan bukan Palestin.

Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah mencadangkan agar Israel dihapuskan dari peta dunia. Sekadar meminjam kata-kata beliau. “Dahulu kita mendengar terdapat kekuatan penjajah yang menjajah suatu wilayah. Mereka datang bagi merampas kekayaan wilayah jajahan itu, lalu pulang ke kampong halaman mereka. Tetapi berlainan pula dengan Israel, mereka menubuhkan sebuah negara yang baru, mempunyai penduduk yang baru di sebuah tanah air yang mana penduduknya telah dihalau dari tanah airnya sendiri.”


Bumi Palectin Berdarah Kembali... Palestin
yang menginginkan pembebasan Palestin


(subulas-salam)

http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum