smksa_portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Tebus Kembali Zaman Kegemilangan Ilmu Islam

Go down  Message [Page 1 of 1]

miss_michi

miss_michi
Moderator
Moderator

Tebus Kembali Zaman Kegemilangan Ilmu Islam Solat

Islam merupakan agama fitrah yang menepati keperluan dan naluri hidup manusia. Kepentingan ilmu dalam Islam tidak dapat disangkal kerana tanpa ilmu manusia tidak berupaya melakukan sebarang aktiviti mahupun tugas yang jelas sekali melibatkan panduan dalam melaksanakannya.

Islam telah menggariskan ilmu asas bagi seorang mukmin sebagai ilmu fardu ain. Ilmu ini wajib dituntut oleh setiap hamba dalam memenuhi kewajipannya terhadap ALLAH, terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap makhluk lain. Begitu juga dengan cabang-cabang ilmu yang lain seperti ilmu tauhid yang mengajar kita mengenal Pencipta, ilmu fekah berkaitan dengan ibadah dan sebagainya. Dalam memenuhi tuntutan syariah pula, ilmu-ilmu fardu kifayah seperti ilmu kejuruteraan, ilmu perniagaan, ilmu kesihatan dan lain-lain diperlukan. Sebagai contoh, kita memerlukan masjid untuk memenuhi tuntutan beribadat yang melibatkan kepakaran dalam bidang kejuruteraan untuk pembinaannya. Begitu juga ilmu kesihatan yang penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan kita berada dalam keadaan baik untuk tujuan beribadah kepada ALLAH.

Justeru itu, Islam datang untuk menyemai, menanam dan mengembangkan kemampuan manusia berfikir ke kadar paling maksimum di bawah lingkungan dan bimbingan wahyu daripada ALLAH SWT. Wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah SAW ialah ayat yang menggalakan kegiatan ilmuan. Sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Al-Alaq: 1-5, “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat Pemurah. Yang mengajar dengan pena. Yang mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” Ayat ini jelas menunjukkan ALLAH mementingkan ilmu pengetahuan untuk manusia.

Selain itu juga, dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat mengenal kewujudan ALLAH yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadapNYA. Sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Fathir: 28, “…hanya yang takut pada ALAH itu antara hamba-hambaNYA ialah ulama-ulama (orang-orang yang berilmu)..”. Dengan ilmu pengetahuan juga, seseorang manusia itu dapat dibezakan kedudukannya dalam masyarakat. Ketinggian ilmu seseorang itu memisahkannya antara jahil dengan intelek.

Rasulullah juga banyak mewariskan hadis yang menggalakkan umat Islam menguasai ilmu pengetahuan agar menjadi agung di mata dunia dan menjadi contoh teladan kepada umat yang lain.

Pada zaman Rasulullah, umat Islam kebanyakannya masih banyak yang buta huruf. Justeru, banginda mengambil sendiri inisiatif dalam membanteras buta huruf di kalangan umat Islam dengan meninta orang bukan Islam mengajar ilmu pengetahuan kepada orang Islam. Baginda menjadikan pengajaran ilmu pengetahuan kepada orang Islam sebagai salah satu syarat tebusan bagi tawanan perang membebaskan diri mereka.

Puncak penguasaan ilmu bagi umat Islam ialah penubuhan Baitul Hikmah pada akhir abad ke-2 Hijrah, semasa zaman pemerintahan Harun Al-Rashid (170H-193H) dan zaman pemerintahan Al-Makmun (198H-218H). Kegemilangan ilmu yang dimiliki umat Islam menyebabkan orang bukan Islam terpaksa datang ke negara Islam bagi memperolehi ilmu pengetahuan itu. Mereka juga terpaksa belajar bahasa Arab demi mendalami sesuatu ilmu itu.

Kini menjadi tanggungjawab umat Islam menebus kembali zaman kegemilangan ilmu yang pernah dikecapi dahulu demi membina kembali keagungan empayar Islam yang sudah lama kita hilang.


(subulas-salam)

http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum