smksa_portal
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Masyarakat Islam Masih Samar Falsafah Yoga

Go down  Message [Page 1 of 1]

miss_michi

miss_michi
Moderator
Moderator

Masyarakat Islam Masih Samar Falsafah Yoga Yogayoga mengandungi unsur meditasi dan mantera

Aspek yoga yang bertentangan dengan Islam.
Yoga adalah 100 peratus ajaran agama hindu.Ada saintis Barat mengkritik sumber agama hindu yang mempunyai perkara samar-samar siapakah pengasas agama hindu yang tidak mempunyai Nabi.Apabila tidak ada Nabi,tetapi berfikir mengenai perkara di luar kemampuan orang biasa faham,ia adalah Falsafah.Islam ialah agama samawi(agama wahyu atau agama dari langit dengan Nabi Muhammad S.A.W diutus oleh Allah untuk menyebarkan agama ini) yang mempunyai Nabi.Hindu ialah agama falsafah yang tidak mempunyai Nabi.

Apakah yang menyebabkan yoga boleh menggugat akidah umat Islam?
Pengamal yoga yang dipanggil yogin berusaha membebaskan fikiran untuk mencapai Samadhi atau bersatu dengan brahma. Ini adalah satu falsafah yoga, perkara yang jelas bertentangan dengan Islam.

Bagaimana melakukan yoga yang bertentangan dengan Islam?
Apabila disebut senaman yoga asana(posisi tubuh) yang bukan hanya gerakan badan dan cara pernafasan tetapi membabitkan akidah umat Islam.
Contoh asana: Padmasana melambangkan keheningan,kejernihan dan keyakinan diri. Dalam mitos kejadian brahma, dia dikatakan terbit daripada bunga teratai yang keluar dari pusat Vishnu. Penggunaan mantera yang dilafazkan ketika mengamalkan senaman membahayakan akidah. Pengamal yoga disuruh bernafas dan menyebut om…aum…sedangkan mengikut ajaran hindu, om dikatakan kalimah kekuasaan maha suci.

Masyarakat berpendapat yoga baik untuk kesihatan.
Jika yoga baik untuk kesihatan, mungkin WHO(pertubuhan kesihatan sedunia) akan mengeluarkan kenyataan bahawa jika hendak melihat model orang yang sihat adalah pergi ke India kerana mereka bersenam yoga sihat. Tetapi tidak berlaku. Yoga adalah 100 peratus ajaran hindu. Secara analoginya, arak haram kerana memabukkan. Ada mendakwa minum sedikit tetapi tidak memabukkan. Benar! Tapi arak tetap arak dan hukumnya haram. Begitu juga yoga yang haram kerana mengamalkan ajaran hindu. Walaupun yang diamalkan sedikit tetapi yoga tetap yoga.

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada isu ini.
Jika yoga meninbulkan kontroversi, kita boleh melakukan senaman yang lain seperti tai chi, watakung dan chikung yang tidak membabitkan unsur agama. Tetapi yoga mempunyai latarbelakang yang dipertikaikan iaitu berkaitan dengan agama hindu – buddha yang kita tidak tahu selama ini. Mengetahui ilmu yoga boleh dianggap sebagai fardhu kifayah supaya kita tahu untuk dijadikan sempadan bukan untuk diamalkan.

Sumber:
Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim,Profesor Usuludin dan Falsafah,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pakar yoga yang mempelajari dan mengamalkan yoga secara serius dan berhenti mengamalkannya setelah mendapati senaman itu bertentangan dengan Islam. Kertas kerjanya mengenai yoga dijadikan panduan kepada pengharaman yoga.


(subulas-salam)

http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum