You are not connected. Please login or register

Kisah Umar Abdul Aziz (sambungan kedua) hebatnyerrrr

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

miss_michi


Moderator
Moderator
Tengok tuan puan bila manusia tawakal apa jadi dengan kata-katanya
“ma akjaba man arafa Allah fa asohu, wa arafa syaitan faatbaahu, wa arafat dunya farakina ilaiha”
(bahkan yang paling hebat dan mengakgum kan ialah orang yang mengenali Allah kemudian menderhakainya, mengenali syaitan dan mengikutnya,mengenali dunia maka dia cenderung kepada dunia)(episode pertama)


Mungkin kalo kita dengan kata-kata itu tidak menyenangkan bagi seorang pemimpin tp Sulaiman Bin Abdul Malik kagum dengan kata-kata itu, sehinnga pada hari Sulaiman Bin Abdul Malik nak meninggal, semua orang tggu jawatan ni siapakah bakal mengantikan khalifah ni..dari pak sedara mak sedara siapakah yang bakal memimpin kerajaan islam..


Sulaiman Bin Abdul Malik hari ketika mana dia sakit dia telah memberi wasiat kepada Raja’ Ibnu Khaiwah (terkenal dalam sejarah islam menteri yang baik dalam menasihati karajaan bani ummaiyah,baik soleh orangnyerr,)


Sulaiman Bin Abdul Malik berkata kepada Raja’ Ibnu Khaiwah..
"aku sedang berfikir bagaimana untuk kuserahkan pentadbiran kaum muslimin selepas ketiadaan kun anti,


Raja’ Ibnu Khaiwah berkata kepada Sulaiman Bin Abdul Malik
“wahai amirul mukminin mimma yahfazuka fi qabrika wa yasfauka fi uhrak an taraka lilmuslimim khalifan adlu(antara perkara yang menyebabkan engaku di jaga di dalam qubur dan engkau di beri syafaat di akhirat engkau tgglkan untuk orang islam khalifah yang adil)”

Sulaiman Bin Abdul Malik tanya
”man(siapa)??”

Raja’ Ibnu Khaiwah berkata
"aku lihat Umar Bin Abdul Aziz boleh mengantikan engkau dengan adil, Umar Bin Abdul Aziz dengan Sulaiman Bin Abdul Malik sepupu, jauh hubungan kekeluargaan.. "

Sulaiman Bin Abdul Malik berkata kepada Raja’ Ibnu Khaiwah,
"bak meh surat tu aku nak tulis,maka Sulaiman Bin Abdul Malik menulis nama Umar Bin Abdul Aziz dalam surat pelantikan tersebut"


Tengok tuan puan…. Allah kalo nak bagi jawatan pada orang dapat jugak tuan puan subhanallah dapat ke Umar Bin Abdul Aziz.. Sulaiman Bin Abdul Malik wasiatkan Umar Bin Abdul Aziz sebagai khalifah dan selepas daripada itu dier panggil semua gabenor-gabenar dan pembesar bani ummah bai’ah(janji setia) sebelom Sulaiman Bin Abdul Malik meninngal kamu mesti taat kepada khalifah yang ada dalam surat ini, siapa dalam surat itu tidak tahu.. semua gabenor, pembesar turus angkatan tentera taat dengan perintah yang di keluarkan oley Sulaiman Bin Abdul Malik..


Meninngal jek Sulaiman Bin Abdul Malik orang berhimpun berpuluh-puluh ribu manusia didalam masjid untuk tahu siapakah khalifah baru, semua ada dari anak-anak gabenor anak-anak khalifah semua ada dalam masjid nak tahu siapa bakal penganti Sulaiman Bin Abdul Malik,


maka Raja’ Ibnu Khaiwah panggil Umar Bin Abdul Aziz
“qum amirul mukminin(bangkit wahai amirul mukminin), engkau la orang yang ada dalam surat ini”.

Tuan puan bila di sebutkan nama Umar Bin Abdul Aziz beliau tidak boleh bangun, maka beliau naik dan berdiri di depan orang ramai,,apa yang Umar Bin Abdul Aziz kata??? Kalo kita la zaman ni msty ckp “terima kasih banyak saya pon tak sangka saya nak di lantik”

..tapi umar bin abdul aziz berkata
”aiyuhan nas(wahai manusia) sesuangguhnyer jawatan ini telah diberikan padaku tanpa pernah aku memintanya dan juga tidak bermusyuarat dengan ku dan dengan kamu semua, sesungguhnya aku mencabut bai’ah(janji setia) yang ada di tengkok-tengkok kamu,pilihlah siapa yang kamu mahu ”.

orang ramai bising ,
"kami tak mahu , kami mahu engkau juga, engkau orang da lantik kami bai’ah kau."


Maka bermula Umar Bin Abdul Aziz menjadi kahlifah, lemah semangatnya ni. Dia takot, menangis beliau, orang bawa kenderaan khalifah nak balik rumah, da jadi khalifah rasmi ni tp Umar Bin Abdul Aziz tak nak, semua pemberian dia tak nak, bg kenderaan , pengawal semua Umar Bin Abdul Aziz tak nak.


Saya nak cite hebat Umar Bin Abdul Aziz ni ketika balik kerumahnya, dia dok fikir nak kene jadi khalifah ni.. dunia islam besar ni, dia balik duduk baring sebab penat nguruskan jenazah Sulaiman Bin Abdul Malik, maka anak belaiu masuk ketika beliau ni nak tidur,anak beliau umur 15 tahun Abdul Malik namanya.


Umar Bin Abdul Aziz berkata pada anaknya
”wahai anak ku, ayahmu terlalu letih menguruskan jenazah bapa saudara mu, dan ayahmu ini tidak pernah merasai keadaan letih semacam ini”

jadi anak beliau berkata
”jadi apakah engkau akan buat wahai ayah” ,

Umar Bin Abdul Aziz berkata
”ayah akan tdr sebentar sampai masuk waktu zuhur dan nanty ayah akan keluar untuk solat bersama orang islam”(khalifah kene solat di masjid dan menjadi imam, bukan khalifah menyorok waktu solat)

SubhannaLLAh, anak beliau Abdul Malik berkata kepada Umar Bin Abdul Aziz
”wahai ayah wahai amirul mukminin, siapakah yang menjamin amirul mukminin hidup sampai waktu zuhur, sedangkan sekarang kewajipan amirul mukminin mengembalikan hak-hak orang yang kene zalim, orang- orang miskin,anak-anak yatim, sapa yang menjamin engkau??”

.. Umar Bin Abdul Aziz nak tdr terbangun beliau, anaknya berkata lagi
“sapa yang menjamin engkau jika engkau tdr lalu engkau mati”

maka Umar Bin Abdul Aziz bangun dan duduk dan panggil anaknya , Umar Bin Abdul Aziz cium kedua belah mata anaknya dan berkata
”alhamdullilah hillazi ahraja min thulbi manyienunie ala dinniy(selaga puji bagi Allah yang mengeluarkan dari sulbi aku orang yang menolong aku untuk agama engaku) ”



mentadbirlah Umar Bin Abdul Aziz Negara orang islam 2 tahun 5 bulan 5 hari, hari kedua dia bagi khutbah umum,antara benda yang saya baca menarik adalah


“ayyuhan nas la kitab bakda quran wala nabi bakda muhammadin SAW, walastu biqodin wainnama ana munaffiz, walastu bimudtadiin wainnama ana muttabik, walastu kahirun minkum walakinni atsqolatul hamla(wahai manusia tiada kitab selepas quran tiada nabi selepas nabi Muhammad SAW,aku bukan penetap hokum tapi aku pelaksana hokum Allah,aku bukan ahli bid’ah tp aku adalah orang yang mengikut sunnah,dan aku bukanlah yang terbaik dari kamu bahkan aku adalah yang paling berat tanngungan)”

dan Umar Bin Abdul Aziz bekata lagi
“wa ana aqulu haza waiini aktharu zububan innda Allah(aku ngucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu akulah orang yang paling banyak dosa disisi Allah)”

terduduk dan menangis Umar Bin Abdul Aziz, menteri-menterinya datang kepadanya dan berkata alangkah besarnya ujian Allah kepada engkau.


Tengok tuan puan orang solleh memerintah, balik kerumah dan duduk kedua tangan letak kat pipinya dan menangis, sepanjang 2-3 ari Umar Bin Abdul Aziz menanngis mengenangkan bebanan tanggungjawab, ketika sedang duduk dan menangis,


isterinya bertanya denganya
“apakah yang amirul mukminin tangiskan”


kata Umar Bin Abdul Aziz
“wahai isteriku, aku telah di uji oleh Allah dengan jawatan ini, dan sekarang aku teringat orang-orang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam twanan, aku teringat para fuqara’ kaum muslimin aku tahu mereka kesemuanya ini akan berdiri mendakwaku pada hari kiamat kelak, dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujjah-hujjah mereka sebagai khalifah dan aaku tahu yang akan menjadi pembela di pihak merka adalah rasullulah SAW”


Sambung …..nnty di episode 3

Subulas Salam

View user profile http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum